Selasa, 29 November 2011

Diposting oleh Dendi Apriadi


Assalamualaikum


Angin sepoi-sepoi di satu taman di bumi Australia. Si budak kecik perempuan yang comel berlari-lari di celah kelompok orang-orang yang lebih berusia. Satu-satunya budak kecil comel di tempat itu. sudah pasti menjadi gentelan si abang-abang yang mungkin sekejap lagi bakal bergelar si suami-suami dan si bapa-bapa. Mendekati aku bapa kepada si comel itu. bapanya bukan orang calang-calang. aku hormat. baik. dan kesempatan bertemu mata itu aku guna serba sedikit untuk aku memuji keberanian anak perempuannya bermain dengan orang-orang dewasa yang baru dikenalinya. dan disitulah bermulanya terkeluar isu bagaimana pendekatan yang harus diambil dalam mendidik anak-anak dan dan membentuk masyarakat.


Kata si bapa, untuk perwatakan anak-anak sejak kecil lagi akan dipengaruhi dengan didikan ibubapa dari sejak kecil lagi. sangat-sangat setuju. anak kecilnya tu pun berani bercampur dengan orang-orang lain sebab selalu dibawa ke majlis-majlis orang ramai. dan membesar pula dalam suasana tarbiah. InsyaAllah, jauh daripada anasir-anasir luar yang mengganggu-gugat anak tersebut. Menghukum anak dengan cara yang berpatutan bila dia buat salah dan disertai dengan nasihat dan tunjuk kasih sayang adalah sangat-sangat penting untuk tunjuk bahawa si parent marahkan mereka kerana tidak mahu mereka buat benda yang Allah marah. terapkan sejak dari kecil lagi "buat benda ini Allah sayang, buat benda ini Allah marah". Bila besar skit, bila pergi sekolah, beri kepercayaan yang sepatutnya kepada guru untuk mendidik anak-anak tersebut. teringat satu kisah, yang mana ayah Sultan Muhammad Al-Fateh bagi rotan kepada guru untuk rotan anaknya kalau si anak buat salah. kalau zaman sekarang, kalau anak mengadu skit, mau guru tu yang ditibai balik.

Dan apabila satu keluarga menjaga dan mendidik zuriat mereka, pasti melahirkan generasi yang berwibawa. Ya, aku sangat setuju. dan apabila perbincangan berubah konteks, dari keluarga kepada masyarakat, di situ berlakunya sedikit ketidaksetujuan dalam diri aku. Oleh kerana dia bergerak dalam satu jemaah, maka suara yang dikeluarkan oleh individu pun adalah suara dari jemaah itu sendiri. baginya, segala gerak kerja untuk memperbaiki masyarakat bermula dari keluarga. biarlah orang yang duduk di atas (pemimpin) uruskan kemelut atau persoalan yang timbul dengan cara mereka dan sesama mereka. aku tidak setuju dengan cara tersebut. aku lebih percaya kepada konsep dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. dua hala. bukannya satu hala. pemimpin perlu menggunakan kuasa untuk membasmi penyakit sosial, institusi kekeluargaan lahirkan anak-anak yang yang terdidik. anak-anak bukan sepanjang masa berada di depan mata ibu bapa. kadang-kadang ada yang terlepas pandang. dan itulah yang banyak berlaku anak tok imam buat itu buat ini. Dan di situ kita memerlukan undang-undang. Undang-undang Islam. pemimpin yang perlu laksanakan. dan kita rakyat marhaen yang memilih pemimpin. Untuk menunggu masa yang sesuai, sampai bila pun masa tersebut takkan sampai jika tiada usaha untuk melaksanakannya.


Aku terfikir, bagaimana untuk kita mengubah keadaan sosial masyarakat jika semuanya terletak di keluarga. keluarga yang baik, melahirkan generasi yang baik, keluarga yang ada penyakit sosialnya, macam mana? takkan nak dibiarkan dengan terus tidak baik. terus jadi mangsa Lorong Haji Taib, jadi pembunting anak orang, jadi kaki tipu wang orang. di situlah perlunya kuasa. kuasa pemimpin. melaksana undang-undang. mungkin ada rakyat yang ikut dengan hati yang terpaksa, tapi sekurang-kurangnya mereka ikut. tidak memberi kemudaratan kepada anggota masyarakat lain. untuk tunggu manusia semua bersedia dan ikhlas untuk terima undang-undang Islam, rasanya macam tunggu ayam tumbuh tanduk la rasanya.


Itu sekadar apa yang aku fikir. tak diluahkan pun. masa tidak mengizinkan.


Walaupun berbeza pendapat, tidak secebis pun rasa hormat hilang. kerna kita cuba menuju ke destinasi yang sama. mungkin jenis kereta yang membezakan kita. enjin rosak, tayar pancit ujian dalam perjalanan yang satu itu.

0 komentar:

Posting Komentar